Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Tuesday, May 25, 2010

Berpada-padalah Bila Cemburu


Sangat setuju kenyataan Berpada-padalah Bila Cemburu..hanya ingin nak membetullkan sedikit....Jangan Terlampau Cemburu, atau istilah lain cemburu BADAK SUMBU laugh.gif . Cemburu sikit-sikit atau sekadar tu memang patut tapi kalau terlampau cemburu terutama untuk "seorang lelaki bernama suami" memang mengundang petaka.




Yang dinamakan "seorang lelaki bernama suami"itu ialah suami yang bekerja keras, jelas wawasannya, pegangannya kukuh, agamanya menghiasi dirinya, tugasnya berhubung dengan orang ramai, bertanggungjawab dan belum pernah sekalipun mengabaikan nafkah keluarga, menghormati ibu bapa serta mentuanya. Lelaki semacam ini tidak patut dicemburui melampau-lampau tetapi kewaspadaan itu sentiasa patut dan juga perlu.

Isteri yang terlalu cemburu akan menyebabkan suaminya bingung. Tidak mungkin seorang yg bingung dapat berfikir secara stabil untuk membina kecemerlangan hidupnya. Dalam keadaan bingung seseorang itu mengeluarkan arus minda yg tidak menentu.

Lelaki inginkan kecemerlangan dan kejayaan dan orang yg boleh membantu merealitikan hal ini ialah orang yang paling hampir dengannya - isteri. Seandainya dia belum beristeri, ibu bapa menjadi tunjang utama kekuatan ini timbul. Sekiranya sudah tidak mempunyai ibu bapa dan masih belum berkahwin, kekasih hatinya adalah orang yang menentukan tegak atau bengkoknya dia di persada kehidupan. Dan lelaki mudah hilang keyakinan diri apabila dia dipertikai, terutama jika dia memang seorang yang baik.

Dia akan kebingungan dan hampir seluruh daripada perhatiannya akan beralih pada bagaimana untuk menimbulkan semula keyakinana asal kepada pasangan. Dia akan mencari-cari formula untuk menawan semula hati isterinya. Dalam keadaan begini, mana mungkin kecemerlangan dapat dibuat.

Seorang wanita yang cemburu akan memberikan tekanan yang amat hebat kepada suaminya. Jika benar dia seorang lelaki yang jahat, hal yang macam ini tidak menyumbang apa-apa, tetapi sekiranya dia seorang lelaki yang baik, cemburu isteri benar-benar menekannya.

Cemburu adalah sifat semula jadi wanita, tapi usahlah terlalu cemburu kelak hidup diburu resah. Yakinilah kejujuran suami selagi tiada bukti utk mengatakannya berlaku curang.

Lelaki mudah terrangsang apabila melihat perempuan cantik, tetapi tidak semua wanita cantik mampu dimilikinya dan mampu terpikat kepadanya. Oleh itu, usahlah terlalu risau, usah terlalu cemburu, tetapi lebih risau dan lebih cemburulah jika suami anda gagal menjadi manusia yang berjaya.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails