Jawatan Kosong (Terkini)

Malaysia Career (Terkini)

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Malaysia Job Portal (Terkini)

JobStreet.com (Terkini)

Wednesday, May 19, 2010

Nikmatilah Kehidupan Anda

Sekumpulan alumni yang mempunyai kedudukan dan tahap yang tinggi dalam
kerjaya mereka membuat perjumpaan di rumah professor yang mengajar
mereka di Universiti dahulu.

Mereka berbual-bual dalam berbagai topik dan perbualan itu bertukar
kepada rasa "stress" atau tekanan yang mereka hadapi di tempat kerja
ataupun kehidupan mereka.

Professor mereka masuk ke dapur dan kembali semula dengan sebuah teko
besar berisi kopi dan bermacam jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat
dari porcelain, plastik, kaca, kristal. Ada yang kelihatan biasa dan ada
yang kelihatan mahal.

Professor itu menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut.

Setelah semua anak muridnya mengambil kopi masing-masing, professor itu
berkata:

"Jika anda semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah
diambil meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah. Adalah
keadaan yang biasa anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup anda
tetapi itulah punca kepada masalah dan "stress" yang anda semua hadapi"

"Apa yang sebenar anda perlukan adalah kopi, bukan cawannya tetapi anda
sendiri telah memilih untuk menganbil cawan yang terbaik. Dan lebih
teruk dari itu, anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain."

Kehidupan adalah kopi, kerjaya, wang dan kedudukan anda dalam masyarakat
adalah cawan tersebut. Cawan itu hanyalah alat untuk mengisi
kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah hanya alatnya yang
berubah.
Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang kita pegang hingga kita
gagal untuk menikmati kopinya.

Nikmatilah kehidupan yang ada...


No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails