Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Wednesday, May 26, 2010

SENAMAN DAN GERAK BADAN MEMBANGUNKAN AKAL DAN JASMANI


1. Sebuah pepatah yang amat popular berbunyi “Otak yang cerdas terletak pada badan yang sihat”. Salah satu cara untuk membina badan yang sihat ialah melalui kegiatan-kegiatan yang boleh mengeluarkan peluh. Misalnya bersenam dan sebarang aktiviti gerak badan seperti bersukan, seni mempertahankan diri, berbasikal, mengcangkul, berkebun dan sebagainya. Berpeluh boleh membuang racun-racun di dalam darah, mengawal suhu badan, menstabilkan kandungan air di dalam badan dan membuang bahan buangan yang tidak diperlukan oleh badan.
2. Berat otak cuma 3 paun atau merupakan 2 hingga 3 peratus dari berat badan keseluruhannya. Walaupun begitu, otak memerlukan jumlah oksigen yang banyak iaitu di antara 20 hingga 25 peratus oksigen yang diterima oleh tubuh untuk berfungsi dengan optimum. Kekurangan bekalan oksigen akan menjejaskan kecergasan dan keaktifan otak. Kekurangan oksigen menyebabkan anda menjadi mudah mengantuk, otak menjadi lembab, pelupa dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
3. Dengan melakukan senaman dan gerakan badan, menjadikan anda bernafas daalam-dalam dan kadangkala mencungap. Kebiasaannya kita bernafas dengan menggunakan hidung dan dada sahaja. Sedangkan pernafasan yang mendalam melibatkan hidung, dada dan perut. Ini memastikan sel-sel otak anda menerima bekalan oksigen dalam kuantiti yang mencukupi untuk beraksi dengan cemerlang.
4. Faedah senaman dan aktiviti gerak badan sudah lama diketahui oleh bangsa-bangsa yang bertamadun. Bangsa Yunani beranggapan seni gimnastik merupakan kaedah yang sangat berkesan untuk menambahkan kecerdasan individu. Masyarakat Timur memperkembangkan kecerdasan melalui aktiviti badan seperti yoga (India), tai chi (China) dan aikido(Jepun). Di Jepun, syarikat-syarikat yang ternama menyediakan masa rehat untuk semua pekerjanya melakukan senaman. Menurut Islam, tubuh badan mempunyai haknya sendiri. Haknya ialah menjaga setiap anggota tubuh termasuk otak supaya sihat dan cergas. Sabda Rasullulah s.a.w “Badanmu juga memerlukan hak yang mesti engkau jaga”.
5. Senaman membantu meningkatkan kesihatan badan secara menyeluruh. Ia menolong mengurangkan stress, meningkatkan daya imbangan dan tindakbalas di dalam sistem saraf pusat dan sistem saraf pinggir. Mengurangkan kadar nadi dan meningkatkan kadar nadi pemulihan dalam sistem jantung. Menambahkan muatan dan edaran gas di dalam paru-paru. Meningkatkan aliran darah, meningkatkan saiz, kekebalan dan kekuatan otot-otot. Menambahkan kekuatan tulang dan ligamen serta meningkatkan tisu sendi kedua-duanya.
6. Semasa membuat senaman, hormon endorphine dikeluarkan dalam sistem badan. Hormon ini bertindak mengurangkan kesakitan, menimbulkanperasaan girang (gembira) dan istirehat kepada tubuh. Penyelidikan menunjukkan individu yang mengamalkan aktiviti gerak badan, contohnya berjalan kaki selama satu jam yang diamalkan sebanyak tiga kali seminggu boleh meningkatkan daya ingatan, imaginasi, pemikiran dan pendengaran.
CIRI-CIRI SENAMAN YANG TERBAIK

- Diamalkan pada setiap hari.
- Dilakukan antara 30 hingga 40 minit sahaja.
- Dilakukan sehingga berpeluh.
- Melakukan senaman yang menyeluruh iaitu senaman yang menggunakan berbagai-bagai otot dan urat seperti berjalan, berjogging, solat, berenang, seni mempertahankan diri dan sebagainya.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails