Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Friday, May 28, 2010

Seni-Seni Dalam Pergaulan


Mempunyai ramai kenalan dapat membantu meluaskan pengetahuan dan berkongsi pengalaman. Selain bertukar pandangan dapat juga kita mengeratkan persaudaraan. Bukankah Islam itu indah kerana persaudaraannya?

Semasa Berbual
Bertenanglah supaya kita dapat mengatur perbualan dengan lancar. Tiada gunanya bercakap tergopoh-gapah tetapi tidak difahami oleh rakan yang mendengar.

  •  Sentiasa mengawasi tutur kata agar tidak menyinggung perasaan rakan-rakan lain. Kadang-kadang terdapat perbezaan perkataan antara pelbagai daerah.
  • Berhati-hatilah ketika bergurau kerana tidak semua orang boleh dibawa bergurau.
  • Janganlah mudah tersinggung dengan kata-kata rakan. Adakalanya kata-kata itu diucap secara tidak sengaja atau kebetulan sahaja.
  •  Sentiasa sensitif dengan emosi orang lain. Kalau andainya apa yang kita ucapkan menyinggung perasaan rakan, cubalah ubah strategi perbualan anda.
  • Belajarlah menjadi pendengar yang baik, supaya kita juga akan dihormati ketika berbicara.
  • Ketawalah dengan bersederhana atau sekadar senyum sahaja jika ada yang mencuit hati.

Cuba elakkan…

  •  Menyakiti orang lain dengan menepuk bahu atau belakangnya dengan kuat.
  •  Menyindir atau mencemuhnya di hadapan khalayak walaupun dengan nada bergurau.
  • Bercakap dengan cepat sehinggakan rakan berbual tidak faham tutur bicara kita.
  • Membuat keputusan tergesa-gesa seperti memperbudakkan orang lain. Sikap sedemikian seolah-olah tidak menghargai kehadiran rakan bual kita.
  •  Bercakap dengan kasar. Tidak semua orang boleh menerima keadaan sedemikian walaupun itu budaya harian anda.
  •  Mematikan semangat rakan ia hanya akan meninggalkan kesan negatif.
  • Berlakon jika tidak faham. Tidak salah jika kita meminta penjelasan daripada rakan mengenai perkara yang tidak difahami.
  • Janganlah menunjukkan riak wajah kurang senang jika diminta mengulang perkara yang anda ucapkan; mungkin rakan anda tidak faham maksud anda.

Sampaikan pendapat anda

  • Pastikan pendapat anda disampaikan secara sukarela dan dengan senang hati.
  •  Nyatakan pendapat dengan nada terang dan jelas agar dapat didengar, bukan seperti cakap bersendirian.
  •  Pendapat anda seharusnya berpadanan dengan prinsip dan kepercayaan anda, bukannya mengikut kata orang lain.
  •  Belajarlah dengan menerima pendapat orang lain. Jika kita mahu orang lain menerima pendapat kita, sebaiknya belajar dahulu menerima pendapat orang.
  • Sekiranya rakan anda memberi pendapatnya, denganlah dengan baik. Walaupun anda kurang bersetuju, izinkan dia menjelaskan pendapatnya dahulu.
  •  Mulakan dengan kata maaf, jika anda kurang bersetuju dengan pendapat rakan anda.
Kurang senang hati

  •  Luahkan kemarahan atau ketidakpuasan hati anda dengan berpatutan dan jangan melampaui batas. Luahan anda bukan bermaksud mengeruhkan keadaan tetapi menyedarkan orang lain tentang perasaan anda.
  •  Jangan pula kita menyindir dan menjatuhkan air muka orang lain ketika marah. Kekalkan sifat menghormati dalam diri walau bagaimana sekalipun keadaan kita.
  • Janganlah sesekali membuat tuduhan ketika marah. Ia akan menimbulkan ketegangan dalam pergaulan.
  • Gunakanlah ganti nama ‘saya’ sebagai penegasan.
  •  Benarkan orang yang dimarahi memberi penjelasan bagi pihaknya tanpa bertengkar.
Pergaulan sosial cemerlang.

  •  Latihlah diri mengingati nama orang walaupun anda baru mengenalinya. Rakan akan rasa dihargai kerana anda mengingati namanya.
  • Ingatlah bahawa perhargaan dan pujian membawa kesan positif dan kritikan membawa akibat negatif.
  •  Jika anda hendak mengkritik, berlembutlah dahulu secara fizikal dan psikologi. Misalnya, anda hendak menegur sikap rakan anda, cubalah pegang bahu atau renung matanya (sesama muhrim) dan tegurlah secara lembut.
  • Sampaikan pujian daripada pihak ketiga, tidak perlu menyampaikan komen negatif. Peliharalah persahabatan orang lain.
  • Latihlah diri supaya mudah dan senang didampingi, hiasi wajah dengan keceriaan dan senyuman ikhlas untuk rakan muhrim anda.
  • Belajarlah menghormati pandangan orang lain. Sekirannya anda tersinggung dengan sikap seseorang, anggaplah dia tidak sengaja. Sekiranya anda ingin menyatakan rasa kecil hati anda, sampaikanlah dengan lembut.
  •  Biasakan diri menghargai orang lain walaupun dengan ucapan terima kasih.
  •  Berlatihlah pandai membuat atau menerima gurauan.
  •  Biasakanlah diri sentiasa meminta maaf dan memaafkan.
  • Sentiasa bersedia membantu orang lain dan bersedia juga untuk dibantu.
  • Gunakan jarak yang sesuai apabila bercakap dengan orang lain sekurang-kurangnya 92 cm.
  • Gunakanlah bahasa tubuh yang sesuai untuk menyokong bahasa lisan anda.
  • Tepatilah janji yang telah dibuat.
  • Sentiasa bersangka baik terhadap orang lain.
  •  Sentiasa berdoa semoga persahabatan anda dalam peliharaan dan rahmat Allah.

2 comments:

MissSyaz said...

bercakap dgn cepat sehingga rakan tak faham tutur perbualan kita. haha. cuba tok elakkan. ok2. nway great tips! =)

stingray said...

yap setuju.... rezeki bertambah jika selalu menderma... kadang tu kita tak sedar.

jangan ingat bila kita menderma, rezeki kita akan kurang... sometimes kita tak terasa kekurangan pun malah bertambah. kadang tu sampai tak pernah tak cukup duit.

dan paling penting, jangan bermewah. biarlah bersederhana

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails