Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Sunday, May 16, 2010

TEKA TEKI IMAM GHAZALI...

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama
dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa
soalan:

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?

Berikan Jawapan Anda dahulu.


PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat
dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"
Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali
menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah
benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi
soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran
ayat 185

KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh
daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"
negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam
Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi
adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa
lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak
akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita
mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan
amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari
nanti.

KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling
besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung,
bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa
semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang
paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti
berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu
mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah
al-A'raf ayat 179

KEEMPAT beliau bertanya tentang apakah yang paling
berat di dunia lalu murudnya menjawab :" Besi, gajah".
Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah
benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung
amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang
tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup
memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah
khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa
kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat
kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas
yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling
ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas,
angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa
semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang
paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana
manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang
disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling
tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam
Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul
tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana
disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan
melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya
perbalahan dan perpecahan.


kesimpulanya ialah :

Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
MATI
Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
MASA LALU
Apakah yang paling besar di dunia?
NAFSU
Apakah yang paling berat di dunia?
MENANGGUNG AMANAH
Apakah yang paling ringan di dunia?
MENINGGALKAN SOLAT
Apakah yang paling tajam di dunia?
LIDAH MANUSIA

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails