Jawatan Kosong (Terkini)

Malaysia Career (Terkini)

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Malaysia Job Portal (Terkini)

JobStreet.com (Terkini)

Monday, May 24, 2010

Yang Cantik, Yang Besar, Yang Bergaya

Jika anda memandu di belakang kereta besar seperti ini anda akan lebih berhati-hati. Jika dibelakang anda kereta mewah, anda berasa geli dan cepat-cepat ketepi untuk memberi laluan kepadanya. Jika dilebuh raya, anda akan kelam kabut apabila kereta mewah dibelakang anda menyalakan lampu sedangkan anda masih terkial-kial memotong kereta di sebelah kiri sebelum dapat ketepi. Ataupun kereta itu dipandu laju seolah-olah akan menghentam kereta anda dari belakang.

Sedaya mungkin anda akan cuba memberi laluan kepada kereta-kereta besar lagi mewah ini, "Patutlah, sebab kereta tu mahal sepuluh kali ganda daripada kereta aku ni. Dia tentu orang penting dan nak cepat. Kalau 'bercium' dan aku yang salah, tak terbayar nanti".

Kerana itu anda selalu mengalah. Dan tatkala anda mengalah mungkin anda menyangka alangkah nikmatnya memandu kereta seperti itu. Tidak takut dengan speed trap, kerana sentiasa mampu membayar saman; boleh sentiasa melalui lorong laju dan semua kereta akan ketepi; boleh bermain lampu seolah-olah memarahi pemandu lain dan pemandu lain merasakan 'patut' dimarahi.

Apabila kita memandu kereta besar, kita merasakan lain macam terutama apabila semua kenderaan ke tepi bila kita berada di belakang, padahal kita bukan hendak laju atau hendak memotong, sekadar suka mengekor bontot orang.. laugh.gif

Apabila kita memasuki mana-mana premis yang dikawal oleh pengawal keselamatan, penghormatan mereka jauh lebih tinggi berbanding jika kiat memandu kereta yg lebih kecil. Begitu juga bila kita cuba parking di hadapan hotel, kerata besar dan mewah biasanya tidak akan menghadapi apa-apa masalah, tapi kereta kecil......., padahal pemandunya orang yang sama, cuma bertukar kenderaan saja.. wink.gif

Aneh sungguh, penghormatan manusia boleh berubah hanya berpandukan kenderaan apa yang dipandunya. Sesungguhnya tidak adil sama sekali kerana sesetengah orang memang keretanya besar tapi hutangnya juga besar, sedangkan ada orang yang keretanya biasa saja tapi tak pernah tak cukup duit dan tak pernah berhutang. Situasi kedua-duanya hampir sama tetapi manusia lebih mudah terpukau oleh BESAR, CANTIK, BERGAYA.... wink.gif

1 comment:

Myzul said...

silalah berikan komen anda di sini

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails