Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Wednesday, June 2, 2010

10 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang 'Tragedi Mavi Marmara'

1. Mavi Marmara merupakan kapal utama yang mengetuai konvoi 6 kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, memuatkan hampir 700 orang dari 50 buah negara yang berbeza.
2. 12 orang rakyat Malaysia yang ikut serta di dalam kapal Mavi Marmara yang terdiri daripada sukarelawan, doktor serta wartawan sedang ditahan oleh Israel dan keadaan mereka masih tidak diketahui dengan jelas.
3. Barang-barang yang dibawa bersama oleh Freedom Frotilla ini adalah seperti ubat-ubatan, bahan binaan, rumah pasang siap, buku, alat tulis, kerusi roda dan lain-lain lagi keperluan rakyat Gaza yang telah dikenakan sekatan sepenuhnya oleh Israel sejak 4 tahun yang lepas.
4. Penumpang-penumpang terdiri daripada sukarelawan bantuan kemanusiaan, doktor, wartawan dan ahli parlimen yang tidak sanggup melihat penderitaan rakyat Gaza ditindas sesuka hati oleh Israel dan dibiarkan sahaja oleh negara-negara lain.
5. Kini Israel mengamalkan dasar media tertutup dengan menghalang sebarang maklumat berkaitan peristiwa ini keluar dan cuba memutarbelitkan fakta agar menghalalkan tindakan mereka melakukan pembunuhan terhadap orang awam.
6. Kapal-kapal, penumpang dan barang-barang telah melalui proses pemeriksaan yang ketat di pelabuhan bagi memastikan tiada bahan berbahaya atau senjata dibawa dan kesemua individu merupakan pekerja bantuan kemanusiaan.
7. Kapal Mavi Marmara diserang di perairan antarabangsa, bukannya di perairan yang dikuasai oleh Isreal.
8. Tindakan para penumpang Mavi Marmara merupakan reaksi kepada aksi ganas Israel yang ingin merampas kapal dengan menembak dari helikopter dahulu sebelum pasukan komando lengkap bersenjata mendarat yang kemudiannya dihalang oleh penumpang kapal.
9. Armada laut Israel menghantar pasukan komando lengkap bersenjata dan dibantu oleh helikopter, bot laju serta kapal perang untuk merampas kapal-kapal Freedom Frotilla yang dinaiki oleh orang awam yang tidak bersenjata.
10. Anda boleh melakukan sesuatu. Sebarkan maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, sedarkan masyarakat tentang tindakan biadab Israel, ambil tindakan sewajarnya dan pohon doa kepada Allah.
Maklumat lanjut: http://www.lifeline4gaza.org/

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails