Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Wednesday, June 2, 2010

Gunakan kata mesti

Hanya dengan mendengarkan kata-kata yang diucapkan oleh seseorang, kita dapat mengetahui sejauh manakah orang itu komited hendak mencapai tujuannya. Anda juga mampu meramal siapakah yang bakal berjaya dan siapakah yang tidak.
Contohnya, apabila seseorang berkata, ” Saya rasa saya boleh siapakan projek ini hari ini” dan seorang yang lain pula berkata “ Saya mesti boleh siapkan projek itu hari ini.” Orang yang mana satukah yang anda fikir boleh melakukannya?
Kata-kata yang kita gunakan mewakili pemikiran yang ada dalam minda kita.
Kata-kata yang kita gunakan membawa kesan kepada minda kita. Apabila kita gunakan kata seperti ‘rasa’ ‘mungkin’ dan ‘harap’, kita tidak mendapatkan dorongan bagi bertindak dengan segera. Kata-kata itu tidak mempunyai kekuatan bagi mendorong kita. Setiap kali anda menangguhkan sesuatu kerja atapun anda hendak berputus asa, perhatikan kata-kata yang diucapkan.
Dapatkah anda lihat kata-kata yang berbeza menimbulkan emosi yang berbeza-beza dalam diri kita? Dengan itu mulai sekarang, anda perlu mengawal secara sedar kata-kata yang anda gunakan bagi menimbulkan emosi dan tindakan yang anda kehendaki. Mula menggunakan kata ‘mesti’ dan anda pasti dapat menghasilkan hasil yang anda inginkan

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails