Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Friday, October 8, 2010

Facebook sedang dikemaskini

PALO ALTO 7 Okt. - Facebook kini sedang dikemaskini bagi memudahkan orang ramai untuk berkongsi perkara-perkara baru bersama rakan, keluarga dan rakan sekerja dalam laman web sosial terbesar itu.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg mengumumkan perubahan terbaru itu pada satu sidang media, semalam yang merupakan penampilan pertamanya di khalayak ramai sejak tayangan sulung filem "Jaringan Sosial" yang memaparkan asal-usul Facebook dan evolusinya.
Filem tersebut menggambarkan Zuckerberg sebagai seorang pintar yang tidak suka bergaul dengan orang ramai berusaha menggabungkan kepintaran dan kelicikannya untuk mencipta Facebook menjadi satu budaya yang hebat sejak dia mula membina laman sosial tersebut di sebuah bilik asrama Universiti Harvard enam tahun lalu.
Zuckerberg memberitahu wartawan bahawa dia tidak mahu membincangkan tentang filem yang menerima kritikan hebat itu, yang setakat ini mendapat kutipan box office.
Dia sebelum ini mengejek filem tersebut dengan menyifatkannya sebagai filem yang terlalu digembar-gemburkan dan tidak berhasrat untuk menontonnya.
Jutawan berusia 26 tahun itu lebih teruja tentang ciri-ciri terbaru Facebook, di mana dia berkata, jurutera-juruteranya telah bekerja keras sejak dua bulan kebelakangan ini sejak dua bulan lalu untuk menampilkan perubahan.
Projek terbaru itu bertujuan memudahkan pelanggan Facebook untuk mengasingkan persahabatan Facebook ke dalam kelompok-kelompok berasingan seperti sahabat kuliah, rakan minum, rakan sekerja, jiran dan keluarga.
Ini akan membuat pelanggan selesa untuk memuatkan gambar-gambar dan pendapat mereka ke dalam akaun masing-masing yang hanya ditujukan kepada kelompok tertentu.
Pada masa ini Facebook telahpun menawarkan satu kaedah melalui ciri-ciri 'senarai' tetapi hanya lima peratus daripada lebih 500 juta pengguna Facebook menggunakan kaedah itu untuk menyusun persahabatan mereka. - AP

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails