Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Friday, October 29, 2010

Habuk kayu boleh dijadikan gula

Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim menunjukkan gula yang dihasilkan daripada habuk kayu di UMP, Jalan Gambang, Kuantan, semalam.

KUANTAN 28 Okt. - Habuk kayu yang dianggap sebagai bahan buangan kini mampu menghasilkan gula yang boleh digunakan sebagai bahan makanan, ubat-ubatan dan kosmetik.
Menariknya, cetusan idea seorang penyelidik dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini berjaya mewujudkan alternatif terbaik kepada pesakit kencing manis kerana gula tersebut tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan.
Menurut Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim, idea menghasilkan gula daripada habuk kayu itu tercetus apabila mengetahui negeri ini mengeluarkan sebanyak 2,520 tan bahan itu sebulan.
"Saya merasakan perlu membuat penyelidikan terhadap habuk kayu tersebut kepada bahan bernilai dan bermanafaat daripada ia dibiarkan begitu sahaja.
"Setakat ini habuk kayu hanya digunakan untuk penanaman cendawan, menghasilkan telur masin dan ternakan ayam.
"Malah, penghasilan gula daripada habuk kayu juga mampu menjana pendapatan lumayan kerana harga sekilogram habuk kayu hanya tiga sen tetapi menjadi RM1.20 sekilogram apabila ditukarkan kepada gula," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis meraikan kejayaan cemerlang penyelidik UMP di British Invention Show 2010, London di UMP, Jalan Gambang di sini hari ini.
Mimi dan dua lagi penyelidik UMP yang juga Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Rosli Mohd. Yunus dan Dr. Zularisam Ab. Wahid berjaya memperoleh pingat emas dalam kategori masing-masing dalam pertandingan selama empat hari bermula 13 Oktober lalu.
Hadir sama di majlis tersebut ialah Naib Canselor UMP, Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim.
Bagi Mimi, gula ciptaannya adalah terbaik jika dibandingkan dengan gula alternatif untuk pesakit diabetes kerana mengandungi aspartam.
"Aspartam yang berasaskan bahan kimia boleh menyebabkan tumor otak," jelasnya sambil memberitahu semua jenis habuk kayu mampu menghasilkan gula melalui penyelidikannya.
Tambahnya, pada masa kini dia menghasilkan gula daripada habuk kayu jenis meranti dan cengal.
"Sudah tiba masanya kita menukarkan kepada gula alternatif ini kerana berdasarkan statistik dianggarkan kira-kira 2.37 juta rakyat negara ini mengidap diabetes menjelang 2020.
"Pengunaan habuk kayu juga mampu mengatasi masalah pembuangan sisa industri yang mencapai 15 juta tan setahun di seluruh dunia," jelasnya sambil memberitahu beliau menjalankan penyelidikan ini selama tiga tahun.
Katanya, setiap 40 kilogram (kg) habuk kayu mampu menghasilkan kira-kira 12 kg gula dalam tempoh dua hari.

2 comments:

Amyna said...

Nice info.. yang myna tahu sebelum nih, habuk kayu boley di jadikan benih cendawan.. di kampung myna ada perusahaan cendawan... Apapun thanks 4 da sharing myzul :-)

Myzul said...

sama2 myna..wah perusahaan cendawan, byk pulangan ni :)

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails