Jawatan Kosong (Terkini)

Malaysia Career (Terkini)

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Malaysia Job Portal (Terkini)

JobStreet.com (Terkini)

Wednesday, October 20, 2010

Jangan Palsukan Kecantikan Anda

Kecantikan itu penting tetapi tak usahlah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tak sanggup keluar rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki kecantikan bukanlah syarat kebahagiaan.

Lelaki yang mudah terpegun pada kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mula beralih perasaan. Ketika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya.

Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita yg menghiasai wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan ketika dalam percintaan. Tetiba suami anda terkejut bila melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja. Ada segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua perkahwinannya. Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya, yang selama ini ditopengi mekap tebal 'sepuluh inci'.

Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tetapi tak usahlah menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang mengkagumi wajah anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya utk menyerlah wajah keserian anda.

Wajah yang berseri lebih berkesan dari wajah buatan yg kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dgn mekap seada-adanya.

Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, reka bentuk dan warnanya memukau. Baunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal org masih terliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telah mula pudar. Lama kelamaan ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantiakn model-model baru sentiasa mengatasi.

Orang yang dulu membelinya kerana cantik mula berfikir untuk menukarnya. Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun telah ketinggalan zaman. 

Jika anda tidak cantik, tidak usahlah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada lelaki yg tidak kisah samada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap.

Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina utk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yg dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.

Sebaliknya kecantikan yang terlalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dimodalkan. Tiada manusia yang boleh kekal cantik dan tiada manusia yang boleh kekal muda. Tiba masanya kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua.

Jika anda merasakan diri kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda saja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang yang handsome, hingga kita berkata dalam hati, "Butakah dia?".

Hiasilah diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama utk seorang wanita. Hiasailah wajah anda seadanya kerana itu lumrah wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargailah diri anda kerana andalah satu-satunya, tiada duanya dan tiada tiganya. hanya anda!! 

Sama-sama kita renungkannya wahai pembaca sekalian :)

4 comments:

nur said...

setuju... kadang persepsi org berbeza2
ALL IN ONE

hafizmd said...

Benar tu...kecantikan yg kekal abadi hanyalah kecantikan dalaman yg lahir dari hati yg bersih...

Tpi ramai jugak yg kate camni..."i mulut jer jahat, tpi hati baik"...ermmm...camne..leh terima pakai ke ayat camni?

cik plankton said...

sy suka post ni awk.

slm perkenalan

(One) SiTi* said...

susah ank percaya lelaki tak tengok pada kecantikan pada 1st impression..

saya tak percaya..
sungguh tak percaya

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails