Jawatan Kosong (Terkini)

Malaysia Career (Terkini)

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Malaysia Job Portal (Terkini)

JobStreet.com (Terkini)

Friday, October 29, 2010

Korban tsunami meningkat

PAGAI UTARA 28 Okt. - Angka kematian akibat tsunami yang melanda kepulauan Mentawai, kepulauan terpencil di barat Indonesia akibat gempa bumi pada malam Isnin lalu, melonjak kepada 343 orang, hari ini.
Di lokasi lain, penduduk kampung menjalankan upacara pengebumian beramai-ramai untuk 33 orang penduduk yang terbunuh apabila Gunung Merapi di Jawa Tengah meletus, termasuk penjaga kunci yang dikenali sebagai Mbah Maridjan.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dalam perjalanan untuk bertemu penduduk yang terselamat dalam bencana berkembar ini, yang berlaku selang 24 jam di dua kawasan berbeza di negara ini.
Pegawai berkata, sistem amaran bernilai berjuta-juta dolar yang dipasang selepas tragedi tsunami 2004 rosak sebulan yang lalu akibat tidak diselenggara dengan betul.
Pengarah pusat pengurusan bencana Sumatera Barat, Harmensyah berkata, mayat-mayat mangsa ditemui dalam keadaan bengkak akibat lama ditinggalkan di tepi pantai dan sekitar perairan rangkaian pulau-pulau kecil di kepulauan Mentawai, yang menyaksikan semua perkampungan musnah.
Katanya, pasukan penyelamat merasakan harapan semakin tipis untuk menemui lebih 370 orang yang masih hilang, dipercayai dihanyutkan ke laut.
Sebuah kapal membawa bantuan makanan, air bersih dan perubatan serta beg mayat tiba di Sikakap di pulau Pagai Utara hari ini, satu daripada dua pulau paling terjejas teruk, dengan tsunami.
Kira-kira 1,300 kilometer di sebelah timur di Jawa Tengah, Gunung Merapi tidak menunjukkan sebarang aktiviti, namun masih dianggap mampu mencetuskan ancaman selepas meragut sekurang-kurangnya 33 nyawa dan mencederakan 17 yang lain. - AFP/AP

2 comments:

dya adriza said...

Innalillah.. Indonesia..

Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Tapi, ntah la. Bila tau sistem amaran rosak sebulan lepas, mesti diorang tak jangka tsunami akan datang sementara alat tu dibaiki.

Subhanallah. Allah itu Maha Kuasa.

~~oOpEt~~ said...

cri shoutbox xloading...singgah komen myzul...:P

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails