Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Sunday, October 17, 2010

Longgarkan syarat beli rumah PPR

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Pengumuman Bajet 2011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam untuk meningkatkan pembinaan kediaman bagi penduduk berpendapatan rendah menerima reaksi positif daripada orang ramai.
Mereka berharap syarat membeli rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di longgarkan dengan membenarkan mereka yang masih bujang membelinya.
"Hasrat kerajaan itu adalah sangat bertepatan pada waktu sekarang terutama bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan miskin memiliki rumah sendiri," kata seorang kerani,Masjaya Andi, 24, hari ini.
Sambil menyokong penuh hasrat kerajaan itu, beliau bagaimana pun berharap kerajaan dapat melonggarkan syarat bagi pemilikan rumah supaya lebih ramai rakyat menikmati kemudahan berkenaan.
"Jika boleh, biarlah orang bujang pun dapat memiliki rumah PPR," katanya.
Antara syarat bagi memiliki rumah kos rendah adalah berkahwin dan pendapatan minimum tidak melebihi RM1,000 sebulan.
Pendapat yang sama dikongsi oleh seorang pencuci bangunan, V.Indrani, 45, yang mahu kerajaan lebih adil dan diringankan syarat bagi rakyat yang belum berkahwin turut merasai kemudahan tersebut.
"Tidak semestinya orang yang belum berkahwin itu mampu membeli rumah yang berharga RM50,000 jika gaji sebulan pun kurang daripada RM1,500, ini adalah luar daripada kemampuan.
"Jadi, saya sangat berharap, kerajaan dapat menilai semula syarat tersebut," katanya.
Sementara itu, seorang penolong pegawai di sebuah badan berkanun, Rosnah Mohd. Daud, 47, berkata, langkah bijak kerajaan ini mampu meningkatkan sokongan rakyat kepada kerajaan khususnya bagi golongan akar umbi.
"Golongan muda harus segera manfaatkan peluang tersebut,'' katanya.
Najib dalam pembentangan Bajet 2011 semalam turut memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku yang bertujuan memudahkan golongan muda pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan memiliki rumah di bawah skim itu yang akan dilaksana melalui perbadanan gadai janji nasional, Cagamas Bhd. - BERNAMA

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails