Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Monday, November 1, 2010

Mangsa tsunami Indonesia kini 435

SEORANG mangsa dibawa menaiki helikopter tentera Indonesia semasa usaha pemindahan mangsa tsunami di Kampung Tumalei di Pulau Metawai yang teruk terjejas dalam kejadian enam hari lalu. - AFP
PAGAI SELATAN 31 Okt. - Indonesia sedang bertungkus-lumus menjalankan operasi menyelamat mangsa bencana tsunami Selasa lalu, ketika angka kematian semakin meningkat.
Jumlah kematian rasmi kini adalah seramai 435 orang manakala 110 lagi masih dilaporkan hilang.
Ribut monsun dan ombak laut yang kuat melambatkan ketibaan bantuan menyelamat ke kampung-kampung yang terjejas teruk akibat dipukul ombak setinggi tiga meter yang berlaku selepas terjadinya gempa bumi di dasar laut di kawasan kepulauan di wilayah Sumatera ini Selasa lalu.
Ketua pasukan penyelamat berkata, cuaca cerah awal pagi ini membolehkan beberapa helikopter dihantar untuk memindahkan penduduk kampung yang hanya boleh diselamatkan melalui laluan udara dan laut.
"Cuaca hari ini agak baik dan tidak ada tanda-tanda akan berlakunya hujan lebat. Kami harap bantuan menyelamat dapat dihantar secepat mungkin," kata pegawai penyelamat, Joskamatir.
Sementara itu, angka kematian di beberapa buah pulau di Pagai Utara dan Pagai Selatan terus meningkat dengan penemuan terbaru beberapa mayat mangsa yang terkorban.
"Usaha mencari mereka masih diteruskan... mereka yang hilang berkemungkinan besar telah terkorban kerana ditimbus tanah," katanya.
Kebanyakan mereka yang terkorban ditemui di air laut ketika ia sedang surut selain ada juga yang ditemui mati akibat tertimbus.
Semalam, seramai 135 mangsa yang dikhuatiri maut sebelum ini, ditemui selamat di sebuah kawasan tanah tinggi. - AFP

1 comment:

dya adriza said...

Makin meningkat kematian di sana..

Semoga Allah tempatkan mereka di kalangan orang yang beriman bagi yang beragama Islam. Amin..

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails