Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Thursday, October 7, 2010

Polis belum terima laporan DNA Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Polis masih belum menerima laporan ujian sampel asid deosiribonukleik (DNA) ke atas bahan-bahan bukti yang ditemui dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi lelaki.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman kepadaUtusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Ia sekali gus menafikan laporan yang disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam yang memetik sumber bahawa polis sudah dapat mengenal pasti tiga daripada identiti mangsa terbabit berdasarkan keputusan DNA dikeluarkan Jabatan Kimia.
Dalam laporan tersebut, akhbar terbabit menyatakan Jabatan Kimia mengesahkan tiga identiti mangsa sudah dapat dikenal pasti setelah analisis DNA yang dibuat ke atas rangka tulang ditemui di tempat pembunuhan di Banting baru-baru ini adalah positif milik mangsa.
Menurut Muhammad Sabtu, dakwaan bahawa polis sudah menerima laporan DNA dari Jabatan Kimia adalah tidak benar.
"Setakat ini, saya sendiri pun tidak tahu ada pengesahan daripada forensik mengenai keputusan DNA dalam kes ini dan ia memang tidak ada," ujarnya.
Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamarudin Shamsudin, 44; pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan jual beli tanah.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails