Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Tuesday, November 9, 2010

Hanya 1.8 peratus graduan menganggur

 Datuk Maznah Mazlan

KUALA LUMPUR - Hanya 1.8 peratus atau 700 graduan yang menganggur melebihi tempoh tiga tahun berbanding jumlah keseluruhan yang menganggur iaitu seramai 41,500 orang, sidang Dewan Rakyat diberitahu semalam. 

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata mengikut kajian Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lepas, sebanyak 2,100 atau 5.1 peratus menganggur antara satu hingga tiga tahun; 4,800 (11.6 peratus) menganggur antara 6 bulan hingga setahun, manakala 12,600 (30.4 peratus) menganggur untuk tempoh 3 hingga 6 bulan. 

“Graduan yang menganggur kurang daripada 3 bulan pula dianggarkan seramai 21,200 atau 51.1 peratus daripada jumlah sisawazah menganggur seramai 41,500,” katanya menjawab pertanyaan Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed (BN-Sepang) berkenaan peratus graduan tempatan yang masih belum mendapat pekerjaan selepas satu hingga lima tahun menamatkan pengajian serta punca-puncanya. 

Beliau berkata, kajian Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun lepas memaklumkan antara faktor utama mereka gagal mendapat pekerjaan ialah akibat kurangnya permintaan terhadap bidang pengajian yang diperoleh, kurang kemahiran berkomunikasi serta kelemahan bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris. 

“Selain itu kebanyakan majikan menetapkan pengalaman bekerja sebagai salah satu syarat pengambilan, enggan berhijrah dari kampung halaman serta mengharapkan gaji yang tinggi,” kata beliau. 

Maznah berkata, kementerian melaksanakan pelbagai program untuk mengurangkan masalah pengangguran termasuk pendaftaran dan penempatan pekerjaan melalui portal JobsMalaysia, kewujudan Jobs Malaysia Center dan karnival kerjaya, manakala Kementerian Pengajian Tinggi menganjurkan program Kebolehpasaran Graduan. - Bernama

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails