Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Tuesday, November 23, 2010

Malaysia hadapi krisis makanan 2030

PUTRAJAYA 22 Nov. – Malaysia mungkin menghadapi krisis makanan dunia menjelang tahun 2030 sekiranya langkah-langkah sewajarnya tidak diambil masa kini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, Bank Dunia menjangkakan keadaan itu berlaku memandangkan ketika ini harga barangan makanan global telah meningkat.
Katanya, kenaikan berlaku antara 80 dan 90 peratus dalam tempoh 14 tahun lepas dan ia dijangka terus melonjak dua kali ganda menjelang 30 tahun akan datang.
“Sasaran Bank Dunia itu dilihat akan menjejaskan kedudukan makanan dunia yang ketika ini telah menunjukkan tanda-tanda positif akan berlakunya krisis makanan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Mengenai Kajian Makanan Peringkat Antarabangsa di sini hari ini.
Menurut beliau, kerajaan bagaimanapun telah memperuntukkan sebanyak RM4 bilion menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dalam bidang pembangunan dan penyelidikan (R&D) bagi memastikan keselamatan dan jaminan makanan di negara ini.
Jelasnya, sebanyak RM2.7 bilion daripada jumlah itu diperuntukkan khusus kepada kementeriannya bagi tujuan yang sama.
“Ini termasuk RM115 juta bagi tujuan pembangunan Agro Bioteknologi dan RM62 juta untuk penyelidikan dalam bidang pertanian.
“Setakat ini, 305 projek di bawah Dana Sains bernilai RM48.1 juta, 18 projek di bawah Dana Tekno bernilai RM67 juta dan lima projek di bawah Dana Inno membabitkan RM800,000 telah dibelanjakan,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Maximus berkata, universiti dan pihak swasta yang terbabit dalam industri makanan perlu bekerjasama dengan agensi kerajaan bagi memastikan dasar jaminan makanan akan tercapai.
Persidangan yang diadakan selama tiga hari bermula hari ini itu dihadiri lebih 300 peserta dari dalam dan luar negara.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails