Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Monday, November 22, 2010

Mangsa Merapi alami gangguan mental

YOGYAKARTA: Kira-kira 282 mangsa letusan Gunung Merapi yang kini tinggal di pusat perlindungan kecemasan dikenal pasti mengalami kemurungan teruk yang memerlukan masa panjang untuk dirawat dari segi perubatan, kata seorang pegawai kesihatan. 

“Gangguan mental yang dialami oleh pelarian termasuk kemurungan, psikosis dan imsomnia,” kata Ketua Pejabat Kesihatan wilayah, Bondan Agus Suryanto, kelmarin.

Setiap pesakit bencana alam akan memerlukan banyak lawatan dari pakar perubatan dalam tempoh tiga bulan akan datang, katanya.

Untuk tujuan itu, pejabat kesihatan menganjurkan latihan kejururawatan khas bagi menjalankan lawatan, ditemani pakar psikiatri dan psikologi. 

Jururawat dan pakar psikiatri dan psikologi yang menemani mereka akan menghantar satu laporan perkembangan pesakit yang dilawati supaya kaedah rawatan lanjut boleh diberi kepada pesakit yang mengalami gangguan teruk, katanya. 

Sebagai tambahan untuk merawat pesakit gangguan mental, pejabat kesihatan sudah melancarkan satu program kebersihan dengan menyembur bahan pembasmi kuman di lokasi yang musnah. Peralatan kesihatan manual turut diagihkan seperti cangkul dan penyodok. 

Bagi memberi maklumat berhubung air dan kualitinya, pejabat kesihatan bandar bekerjasama dengan institusi berkaitan supaya mereka di kawasan terjejas tahu apa yang perlu dilakukan dan dielakkan. 

“Berdasarkan rutin pemantauan kami dari Sleman sehingga kawasan sekitar Merapi, kami mendapati setakat ini kualiti air di rantau itu masih tidak cukup bagus,” kata Suryanto. 

Gunung berapi setinggi 3,000 meter itu, terletak hampir di tengah Jawa Tengah, meletus sejak 26 Oktober lalu menyebabkan lebih 350,000 penduduk kehilangan tempat tinggal. – Agensi/AP 

1 comment:

Lydia Miza said...

kesiannya mangsa2 tu..kita ni hidup selesa perlu lah bersyukur.

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails