Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Wednesday, November 3, 2010

Mohon pasport melalui dalam talian

KOTA BHARU: Warga negara ini boleh memohon pasport secara dalam talian tanpa perlu datang ke pejabat Jabatan Imigresen, mulai Disember ini. 

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan), Che Din Yusoh, berkata sebagai permulaan pihaknya akan melaksanakan sistem baru itu di Lembah Klang bagi melihat keberkesanannya sebelum dikembangkan ke seluruh negara.
Katanya, pengenalan sistem itu bagi memudahkan semua urusan masyarakat berkaitan dengan imigresen terutama mereka yang sibuk membuat permohonan di mana saja hanya mereka berada melalui komputer.
“Sebagai agensi yang sentiasa berurusan dengan masyarakat, Jabatan Imigresen sentiasa menambahbaik perkhidmatan secara menyediakan kemudahan terkini seperti permohonan pasport secara dalam talian. 

“Pemohon hanya perlu datang ke pejabat imigresen untuk mengambil pasport yang sudah siap saja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Imigresen, Peringkat Zon Timur 2010, di sini, semalam. 

Selain itu, katanya, bagi mengelak kakitangan Jabatan Imigresen terbabit dalam rasuah dan menyalahi undang-undang, seperti berlaku di Pulau Ketam, Selangor, pihaknya melakukan penukaran tempat kerja di kalangan kakitangan jabatan itu dari semasa ke semasa. 

Katanya, kebiasaannya kakitangan yang bertugas di kawasan yang dikenal pasti sebagai tempat panas akan ditempatkan dalam tempoh antara enam bulan sehingga setahun dan tidak melebihi dua tahun, manakala kawasan tidak panas selama tiga tahun. 
“Kawasan panas itu di semua pintu masuk ke negara ini antaranya termasuk Bukit Kayu Hitam, Kedah, Rantau Panjang, Kelantan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

“Selain itu, kawasan panas juga membabitkan bahagian tertentu dalam Jabatan Imigresen seperti bahagian pekerja asing, visa, pas serta permit selain penguat kuasa dan kakitangan ini juga turut terbabit dalam pertukaran tempat kerja,” katanya. 

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails