Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Friday, April 1, 2011

Akta baru pantau peniaga

KUALA LUMPUR 31 Mac - Akta Kawalan dan Anti Pencatutan 2010 akan dikuatkuasakan bermula esok untuk melindungi kepentingan pengguna.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan pelaksanaan undang-undang itu, ia akan dapat menghalang peniaga daripada menaikkan harga sesuatu barangan tanpa sebab.

Katanya, dengan adanya akta baru itu ia akan membatalkan akta lama, Akta Kawalan Harga 1946, membolehkan kementerian bertindak dengan segera terhadap peniaga yang mengaut keuntungan secara berlebihan.

Ismail Sabri menyebut tentang tindakan peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga penutup mulut dan hidung berikutan penularan wabak Influenza A (H1N1). Dengan penguatkuasaan akta itu, 10 anggota Majlis Penasihat Harga Barang yang akan diketuai Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom akan ditubuhkan.

Majlis itu akan dianggotai enam wakil terdiri daripada orang awam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan industri serta empat pegawai kerajaan, yang akan menentukan sama ada peniaga melakukan pencatutan atau mengaut keuntungan secara berlebihan.Ia akan turut menimbangkan kos operasi yang ditanggung oleh peniaga seperti cukai, kos pembekal, syarat permintaan dan penawaran serta lokasi geografi atau keadaan pasaran keluaran.

Syarikat korporat yang melakukan kesalahan di bawah akta itu boleh dikenakan denda sehingga RM500,000, manakala bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh didenda sehingga RM1 juta.

Bagi individu pula, akan berdepan dengan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau seterusnya, boleh dikenakan denda sehingga RM250,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya. Sebarang pertanyaan berhubung akta baru itu boleh hubungi talian bebas tol kementerian 1800-88-6800.- BERNAMA

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails