Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Friday, March 25, 2011

Had umur belia di bawah 25 tahun

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mencadangkan takrifan had umur belia yang berumur di bawah 40 tahun diganti dengan umur 25 tahun.
Menurut beliau, perubahan takrifan itu perlu dilakukan selaras dengan hasrat Malaysia untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
"Berdasarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, definisi umur bagi belia ditetapkan sebagai individu yang berusia antara 15 hingga 25 tahun saja.
"Di Malaysia umur 40 tahun masih dianggap sebagai belia. Semasa saya ke Australia, orang di sana terkejut dengan takrifan ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran Tabung Kemanusiaan Tsunami Majlis Belia Malaysia (MBM) di lobi Dewan Negara di sini semalam.
Tabung tersebut akan menjalankan kutipan derma di seluruh negara melalui badan-badan gabungan MBM bermula semalam hingga 29 Mei ini.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails