Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Friday, March 25, 2011

Isu novel Interlok selesai

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju dengan dapatan Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlokyang mendapati hanya 19 perkara daripada 106 bentuk cadangan pindaan novel itu dianggap menyentuh sensitiviti kaum India di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, panel bebas itu berpendapat baki 87 perkara lagi adalah tidak berkaitan dengan isu pokok termasuk cadangan supaya nama penulis, Datuk Abdullah Hussain dipaparkan pada kulit hadapan novel.
"Daripada 19 perkara yang boleh dianggap sensitif, tiga adalah berkaitan penggunaan perkataan kasta yang telah dianggap selesai kerana penulis telah bersetuju untuk menggugurkan perkataan 'paria' daripada novelnya.
"Tiga perkara lagi berkaitan fakta lembu sebagai binatang suci orang Hindu, keselamatan isteri Maniam di India dan upacara perkahwinan yang digambarkan sebagai meletihkan," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

singgah sini awak ! :)

entry mmg best laa .

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails