Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Tuesday, March 22, 2011

Jenazah bonda Yang di-Pertuan Agong selamat disemadi

KUALA TERENGGANU 21 Mac – Jenazah bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bariah Sultan Hisahmuddin Alam Shah selamat disemadikan di Makam Diraja Masjid al-Muktafibillah Shah, Ladang di sini petang ini dengan penuh penghormatan diraja.

Turut berangkat memberi penghormatan terakhir ialah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah serta kerabat-kerabat diraja dari beberapa negeri.

Hadir sama, para pembesar negeri, orang kenamaan dan rakyat jelata daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Tuanku Mizan Zainal Abidin yang turut diiringi dua anakandanya, memasuki ruang Istana Maziah pukul 2.05 petang untuk penghormatan terakhir.

Tengku Ampuan Bariah mangkat pukul 1.07 pagi tadi di Pusat Rawatan Seri Kota, Klang, Selangor.

Jenazah almarhum diterbangkan ke sini menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud kira-kira pukul 11.45 pagi ini.

Jenazah kemudiannya ditempatkan di Istana Maziah bagi memberi peluang kerabat diraja, orang kenamaan dan rakyat jelata memberi penghormatan terakhir.

Kerajaan negeri mengarahkan semua program dan aktiviti berbentuk hiburan di seluruh negeri dibatalkan berkuat kuasa serta-merta bagi menghormati kemangkatan almarhum.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Datuk Wan Ahamad Wan Muda berkata, semua jabatan dan agensi kerajaan serta swasta di negeri ini diarah mengibarkan bendera negeri separuh tiang sebagai tanda berkabung.

Almarhum yang dilahirkan pada 31 Ogos 1933 di Klang Selangor berkahwin dengan almarhum Sultan Mahmud yang pada masa itu bergelar Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda pada 22 Mac 1952 di Kuala Lumpur.

Almarhum selepas itu dikurnia gelaran Tengku Puan Muda oleh Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 7 April 1954 dan bergelar Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 20 September 1979.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails