Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Monday, March 21, 2011

RM2.4 bilion untuk Kelantan

KOTA BHARU 20 Mac – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM2.4 bilion bagi fasa pertama Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk pembangunan Kelantan.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, peruntukan itu bagi melaksanakan 426 projek baru di negeri itu termasuk penambahbaikan kemudahan dan infrastruktur.

Menurutnya, ketika ini pihaknya sedang menyenaraikan projek-projek untuk fasa kedua sebelum dihantar ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi mendapatkan peruntukan.

“Projek-projek ini dilaksana bagi memberikan kemudahan kepada rakyat di negeri ini terutama dari aspek infrastruktur kerana masih banyak lagi yang diperlukan oleh rakyat Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan di sini hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kerajaan mahu setiap program yang dilaksanakan memberi manfaat maksimum kepada rakyat dan pulangan baik terhadap setiap wang yang dilaburkan itu.
“Kita perlu lihat semula kepada skop projek supaya tidak berlaku pembaziran dan tidak melebihi kehendak rakyat,” katanya.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails