Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Friday, April 8, 2011

214,790 peminjam tegar PTPTN

PUTRAJAYA 7 April – Terdapat seramai 214,790 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan nilai pinjaman sebanyak RM1.1 bilion yang belum memberikan maklum balas terhadap tindakan penguatkuasaan oleh tabung pendidikan negara itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jumlah tersebut berdasarkan prestasi kutipan balik pinjaman PTPTN setakat 28 Februari pada tahun ini.

Setakat ini, katanya, PTPTN berjaya mengutip balik RM2.3 bilion daripada RM4.7 bilion secara keseluruhan daripada peminjam.

“Seramai 673,205 atau 75.8 peratus daripada keseluruhan peminjam telah membuat bayaran balik dan ini membantu meningkatkan jumlah pembayar dan hasil kutipan.

“Bagaimanapun, jumlah kutipan masih tidak menunjukkan peningkatan yang mendadak,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perakuan Kredit ke atas Modul Pengurusan Kewangan Peribadi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, sejak Januari lalu, rekod menunjukkan terdapat seramai 28,627 orang peminjam baru dengan jumlah pinjaman sebanyak RM7.03 juta.

“Ini melibatkan pinjaman dalam kalangan pelajar baru yang menyambung pengajian di peringkat tinggi,” katanya.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails