Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Friday, April 8, 2011

Astro tidak tingkat harga saluran baru: Rais

KUALA LUMPUR - Stesen televisyen berbayar, Astro, akan memastikan sebarang saluran baru yang bakal dilancarkannya tidak akan meningkatkan harga bagi langganan pakej asas. 

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pada masa ini, caj langganan minimum perkhidmatan Astro berada di tahap kompetitif berbanding negara-negara serantau iaitu RM37.95 bagi pakej asas merangkumi 33 saluran pelbagai bahasa dan genre. 

“Pakej asas ini pada asalnya ditawarkan dengan harga RM49.95 pada tahun 2004 dengan bilangan saluran yang kurang daripada pakej sekarang,” katanya dalam jawapan bertulis pada Sidang Dewan Rakyat di sini, semalam. 

Beliau menjawab soalan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) yang ingin tahu tindakan kementerian untuk mengawal dan mengurangkan yuran bulanan yang “terlalu tinggi” dari stesen itu. 

Mengenai monopoli kandungan saluran-saluran popular oleh Astro, katanya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuat tinjauan mengenai isu itu selain mengadakan perbincangan dengan para penyiar dan pengedar atau penjual kandungan (content rights holder) dari luar negara seperti HBO, Disney dan Discovery.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails