Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Wednesday, April 6, 2011

Belum cadang naik harga RON 95

KERAJAAN tidak memberi jaminan harga minyak petrol RON 95 akan terus kekal berikutan harga semasa minyak mentah di pasaran dunia adalah tinggi hingga mencecah AS$108 (RM332.64) setong, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.

Bagaimanapun, katanya, dalam tempoh terdekat kerajaan belum berhasrat menaikkan harga minyak RON 95 walaupun harga bahan api di pasaran dunia semakin meningkat.

“Kerajaan mengambil tindakan sewajarnya dengan hanya menaikkan harga minyak RON 97 baru-baru ini. “Bukan senang hendak jamin harga minyak akan naik atau tidak kerana ia ditentukan pasaran dunia,” katanya menjawab soalan tambahan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) mengenai langkah kerajaan berikutan kenaikan harga petrol RON 97 baru-baru ini pada persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam. 

Menjawab soalan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mengenai jumlah perbelanjaan kos subsidi yang terpaksa ditanggung kerajaan dalam memastikan harga barangan kekal rendah di pasaran, Lim berkata sejumlah RM23.1 bilion diperuntukkan bagi subsidi, insentif dan bantuan pada tahun lalu.

Katanya, daripada jumlah itu, RM14.2 bilion adalah untuk subsidi dan RM543.6 juta insentif, manakala RM8.4 bilion bagi bantuan.

“Daripada RM14.2 bilion itu, RM11.5 bilion atau 81 peratus dibelanjakan bagi memastikan harga barangan tertentu di bawah harga pasaran.

“Subsidi termasuk bahan api iaitu petrol, diesel dan Gas memasak (LPG) sebanyak RM9.6 bilion, skim penstabilan minyak masak (RM828 juta), gula RM708.2 juta, beras (RM287.9 juta) dan tepung gandum (RM888.2 juta),” katanya. Lim berkata, hasil Program Rasionalisasi Subsidi yang dimulakan 16 Julai tahun lalu membabitkan subsidi gula dan bahan api, kerajaan menjimatkan perbelanjaan RM750 juta tahun lalu.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails