Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Monday, April 4, 2011

CUEPACS minta kaji semula

PUTRAJAYA 3 April - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyaran kerajaan menyemak kembali polisi yang memansuhkan hak seseorang penjawat awam apabila dinaikkan pangkat daripada kumpulan sokongan kepada profesional.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, tindakan itu perlu memandangkan polisi tersebut dilihat menyekat usaha kalangan penjawat awam, khususnya yang telah lama berkhidmat untuk mengembangkan kerjaya dalam sektor awam.

Beliau berkata, ia juga boleh mengagalkan matlamat kerajaan yang selama ini berusaha untuk menggalakkan penjawat awam meningkatkan tahap pendidikan masing-masing.

''Apa yang kita mahu adalah apabila seseorang penjawat awam itu dinaikkan pangkat yang lebih tinggi di jabatan sama, maka hak yang dinikmatinya sebelum ini dikekalkan.

''Ia adalah satu motivasi kerana penjawat awam terbabit bukan hanya merasakan kerajaan menghargai kesetiaan mereka kepada sektor awam tetapi juga pengorbanannya menuntut ilmu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan satu pekeliling telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun 2008 yang menyatakan bahawa mana-mana penjawat awam yang menerima kenaikan pangkat daripada kumpulan sokongan kepada profesional, maka hak-hak yang dinikmatinya sebelum itu dimansuhkan.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails