Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Tuesday, April 26, 2011

Perkhidmatan Blackberry akan disekat di UAE

DUBAI - Pihak berkuasa Emiriyah Arab Bersatu (UAE) akan meneruskan pelan untuk melaksanakan sekatan lebih ketat ke atas perkhidmatan telefon pintar Blackberry di negara itu bermula minggu depan, menurut seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat telekom di UAE.
Namun, CEO firma telekomunikasi berkenaan, Osman Sultan memberitahu wartawan semalam bahawa beliau menjangkakan pelaksanaan sekatan tersebut pada 1 Mei depan tidak akan mendatangkan masalah kepada pengguna Blackberry di negara itu.
Menurutnya, pengguna masih boleh mengakses e-mel, melayari Internet dan menggunakan perkhidmatan mesej BlackBerry.
Syarikatnya dan pesaingnya, Etilasat yang kedua-duanya dimiliki oleh kerajaan, diwajibkan melaksanakan polisi baharu itu yang mengehadkan akses pada server Blackberry Enterprise untuk syarikat yang memiliki lebih 20 akaun.
Sistem tersebut menyediakan komunikasi paling selamat untuk telefon pintar berkenaan dan ia digunakan oleh banyak syarikat telekomunikasi dan agensi kerajaan. - AP

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails