Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Monday, April 11, 2011

Protein telur tiruan sama tulen

KUANTAN 10 April - Kementerian Kesihatan mengesahkan kandungan telur ayam tiruan yang diperoleh di Pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang baru-baru ini menyamai telur tulen.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, persamaan seratus peratus kandungan protein telur ayam tersebut disahkan selepas bahan makanan itu menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA), kelmarin.

Berikutan itu, kata beliau, pihaknya akan mengadakan pemeriksaan DNA kali kedua bersama Jabatan Kimia esok terhadap sampel berkenaan untuk menentukan tahap ketulenannya.

''Daripada analisis terhadap sampel yang kita peroleh, kandungan proteinnya menunjukkan persamaan dengan telur biasa.

''Saya akan umumkan jenis telur itu selepas ujian DNA kedua dalam sehari dua ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Sedunia peringkat kebangsaan di Kompleks Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berhubung penjualan telur ayam tiruan di Pasar Pulau Tikus baru-baru ini.

Tiong Lai memberitahu, pemeriksaan terhadap telur ayam tersebut meliputi kandungan telur putih dan kuning selain kulitnya.

''Ujian DNA pertama mendapati telur ayam tersebut tiada mempunyai sebarang masalah kepada pengguna," jelasnya.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai membuat aduan jika merasa was-was terhadap telur yang dijual di pasaran.

Mengulas kes virus adeno, Tiong Lai berkata, keadaan semakin terkawal apabila tiada kes baru dilaporkan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Port Dickson.

Sehingga kini, kata beliau, seramai 136 pelatih dikuarantin manakala lima orang masih dirawat di Hospital kes Port Dickson dan Hospital Seremban.

1 comment:

Ustaz Love Menulis... said...

Salam...

Kalau kesian sangat kat binatang, lagi baik diorang makan sayur je.. tapi kesian plak kat tumbuh2an.. :D

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails