Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Thursday, April 28, 2011

Tiga hari lagi bagi pembayar cukai

KUALA LUMPUR 27 April - Tinggal tiga hari sahaja lagi bagi pembayar cukai menghantar borang cukai pendapatan dan bayaran baki cukai kena dibayar bagi punca pendapatan bukan perniagaan untuk mengelakkan dikenakan denda.

Tinjauan Utusan Malaysia di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Cheras di sini mendapati pembayar cukai lebih gemar menggunakan perkhidmatan e-Filing yang disediakan kerana lebih mudah, tepat dan selamat.

Seorang kakitangan awam, Mohd. Syafiq Razali, 30, berkata, perkhidmatan e-Filing yang disediakan di kaunter perkhidmatan di sini begitu baik.

"Saya yang pertama kali menggunakan perkhidmatan itu merasakan ia begitu mudah. Lebih-lebih lagi dengan bantuan yang diberikan oleh kakitangan LHDN di sini.

"Pada tahun akan datang saya sudah tidak perlu ke LHDN dan boleh menggunakan perkhidmatan e-Filing di rumah," katanya.

Kakitangan swasta, Grace Lean Guat Ching, 26, berkata, dia yang baru pertama kali menggunakan perkhidmatan e-Filing hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja.

"Perkhidmatan itu cepat. Tunjuk ajar daripada kakitangan di sini memang memudahkan orang ramai yang ingin belajar menggunakan perkhidmatan tersebut," ujarnya.

Seorang pesara, Ng Loy Fatt, 58, berkata, perkhidmatan e-Filing menyenangkan pembayar cukai.

"Orang ramai perlu menggunakan perkhidmatan ini kerana boleh terus mengisi borang secara dalam talian. Saya datang ke sini kerana terlupa kata laluan dan ingin mendapatkannya semula," jelas Loy Fatt.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails