Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Friday, April 15, 2011

USM cipta ubat kumur cegah kanser

Dr. Md. Azman PKM Seeni Mohamed menunjukkan SA-Cleanse, produk pencuci mulut tanpa alkohol yang diperbuat daripada pokok bonsai kesinai di USM, Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG 14 April - Pengguna beragama Islam kini tidak perlu lagi was-was untuk menggunakan pencuci mulut dengan terciptanya produk tersebut yang tidak mengandungi alkohol.

Selain memenuhi tuntutan syarak, ketiadaan alkohol juga membolehkan produk dinamakan SA-Cleanse itu mencegah penyakit kanser mulut.

Produk yang dihasilkan oleh penyelidik daripada Universiti Sains Malaysia (USM) itu diperbuat daripada akar pokok bonsai dikenali sebagai kesinai yang hanya boleh didapati di utara Semenanjung dan beberapa negara seperti Thailand, Sri Lanka dan India.

Menurut penyelidik USM, Dr. Md. Azman PKM Seeni Mohamed, untuk menghasilkan pencuci mulut tersebut, akar pokok kesinai atau nama saintifiknya Streblus asper direbus dan dicampur dengan pewarna serta pengawet.

"Selain berupaya mematikan bakteria mulut seperti streptococcus sobrinus, menghilangkan bau mulut, mengurangkan dan mencegah bengkak gusi, ia juga dapat membantu pencegahan kanser mulut terutama kepada golongan berisiko seperti perokok.

"Kebanyakan pencuci mulut yang ada di pasaran mengandungi alkohol dan alkohol sebenarnya antara punca berlaku kanser mulut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau memberitahu, berdasarkan statistik, Malaysia merupakan antara tiga negara yang mempunyai penghidap kanser mulut tertinggi di dunia selain Taiwan dan India.

Jelasnya, produk berkenaan yang sudah dipaten dan diluluskan oleh Biro Farmaseutikal Negara bakal berada di pasaran pada bulan depan.

"Kita jangkakan ia bakal dijual antara RM12 hingga RM20 bagi botol bersaiz 250 mililiter," ujarnya.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails