Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Monday, May 9, 2011

8 juta berpendapatan RM2,000 - RM7,000 sebulan

PARIT 8 Mei - Seramai lapan juta rakyat bakal memperoleh pendapatan RM2,000 hingga RM7,000 sebulan manakala lebih sejuta lagi menikmati pendapatan lebih RM7,000 sebulan apabila Malaysia menjadi negara maju dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kerajaan telah melaksanakan Model Baru Ekonomi (MBE) untuk menjadikan negara dan rakyat berpendapatan tinggi apabila Malaysia menjadi negara maju pada 2020.

"Pada masa ini ramai rakyat meraih pendapatan sekitar RM1,000 sebulan. Pada 2020 kita menyasarkan seramai lapan juta rakyat akan memperoleh pendapatan RM2,000 hingga RM7,000 sebulan. Seramai sejuta orang akan dapat lebih RM7,000 sebulan.

"Pada 2020, pendapatan negara pula akan meningkat dari RM661 bilion kepada RM1.7 trilion," katanya selepas merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Parit di sini hari ini.

Ahmad Husni membidas pihak yang mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara dan mahu tindakan tegas diambil terhadap mereka kerana ia hanya akan menimbulkan huru-hara dan memusnahkan negara.

"Kita ada agenda besar untuk membangunkan negara dan meningkatkan pendapatan rakyat. Ia harus menjadi agenda utama, bukannya memperkenalkan sesuatu yang boleh menyentuh sensitiviti kaum lain.

"Sekiranya tindakan tidak bertanggungjawab itu dibiarkan, ia boleh menyebabkan berlaku pergaduhan antara kaum dan ia mesti dielakkan," katanya.

Menurutnya, bukan mudah untuk meminda Perlembagaan negara kerana ia memerlukan majoriti undi dua pertiga untuk melakukannya.

"Perlembagaan negara merangkumi aspek agama dan budaya semua kaum. Jika ada pihak ingin menonjolkan kelainan, ia akan timbulkan masalah besar. Barisan Nasional (BN) tidak pernah memainkan isu perkauman tetapi memberi tumpuan untuk menyatukan rakyat kerana ia merupakan asas kepada pembangunan negara," ujarnya.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails