Jawatan Kosong (Terkini)

Malaysia Career (Terkini)

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Malaysia Job Portal (Terkini)

JobStreet.com (Terkini)

Wednesday, May 25, 2011

Cuti tambahan pertindihan Hari Raya Puasa dan Hari Kebangsaan

PUTRAJAYA 24 Mei – Kerajaan memutuskan supaya satu hari kelepasan am tambahan tahun ini ditetapkan bagi seluruh negara berikutan hari kelepasan am sempena Hari Raya Puasa dijangka bertindih dengan Hari Kebangsaan pada Rabu, 31 Ogos nanti.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, satu hari kelepasan am tambahan yang ditetapkan itu bagaimanapun tertakluk kepada pengumuman tarikh Hari Raya Puasa oleh Majlis Raja-Raja kelak.

‘‘Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Selasa 30 Ogos dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) dan Hari Kebangsaan bertindih pada Rabu 31 Ogos maka Khamis 1 September ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan.

“Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan bertindih dengan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) pula jatuh pada Khamis 1 September maka Jumaat 2 September ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, pengisytiharan satu hari kelepasan am tambahan itu bagi Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan telah diwartakan berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951.

Bagi urusan pewartaan untuk negeri-negeri Sabah dan Sarawak pula, masing-masing berdasarkan Seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan Sabah (Sabah Bab 56) bagi Sabah dan Seksyen 6 Ordinan Hari Kelepasan Am Sarawak (Sarawak Bab 8) bagi Sarawak sedang diuruskan oleh kerajaan negeri masing-masing.

Mohd. Sidek berkata, pengumuman itu diharap dapat mengelakkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai terhadap hari-hari kelepasan am tersebut dan membolehkan perancangan awal dibuat untuk menyambut perayaan Hari Raya Puasa dan Kebangsaan kelak.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails