Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Monday, May 23, 2011

Keju, mentega tiada risiko sakit jantung

RHODE ISLAND - Berita gembira bagi semua penggemar keju dan mentega - saintis dapati pengambilan jumlah besar keju dan mentega tidak meningkatkan risiko penyakit jantung. 

Menurut kajian yang dilakukan ke atas 3,630 lelaki warga Costa Rica yang memakan lebih setengah kilogram keju didapati tidak menderita masalah terbabit. 

Pakar pemakanan Universiti Brown, Amerika Syarikat, Stella Aslibekyan berkata, zat makanan yang ditemui dalam produk tenusu berkenaan sebenarnya mampu melawan penyakit merbahaya itu. 

“Produk seperti susu dan keju adalah zat yang sangat kompleks. Kami dapati zat makanan seperti kalsium, vitamin D dan kalium mampu melindungi orang ramai daripada penyakit jantung,” katanya. 

Selain itu, kajian terbabit turut mendapati jumlah bahan tenusu yang diambil pesakit jantung tidak berbeza dengan yang tiada masalah penyakit itu.

2 comments:

mykhalis said...

kali pertama dengar nie.. kalau keju betulla jugak..mentega tu bukan dari lemak ke?? memang kompleks nie..

puteraduyong said...

tak berapa nak suka keju...kalau tempe ok jugak... :)

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails