Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Tuesday, May 10, 2011

Kelantan paling banyak mohon Rumah Mesra Rakyat

KOTA BHARU 9 Mei - Kelantan merupakan negeri yang paling banyak menerima dan memohon untuk menyertai Program Rumah Mesra Rakyat dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Idris Haron berkata, pihaknya menerima 6,017 permohonan dan sebanyak 2,363 unit siap dengan pemiliknya telah menerima kunci.

Beliau berkata, syarikat penyedia rumah mampu milik negara itu sedang memproses 1,092 permohonan manakala 1,677 lagi ditolak kerana tidak memenuhi syarat.

Tambahnya, Terengganu menjadi negeri kedua paling banyak menerima permohonan untuk menyertai program itu diikuti Johor dan Kedah.

"Kesemua pemohon yang memenuhi syarat iaitu pendapatan di bawah RM1,500 dan memiliki tanah sendiri, berkeluarga serta tidak mempunyai rumah sendiri layak untuk menyertai program ini.

"Ini menunjukkan kerajaan Pusat tidak pernah mendiskriminasi Kelantan walaupun diperintah oleh pembangkang kerana keutamaan kita adalah memberikan kemudahan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Inden Kerja Kontraktor Program Rumah Mesra Rakyat SPNB di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Noor Zahidi Omar yang mewakili Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Idris yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu dalam pada itu, memberi amaran keras kepada pemohon yang mengemukakan maklumat palsu untuk menyertai program tersebut.

"Kita mengesan ada antara penerima rumah ini tidak memberikan maklumat benar, kita telah menghantar surat peringatan. Setakat ini memang tidak ada hukuman tetapi ia akan menjejaskan anak-anak mereka untuk mendapatkan rumah di bawah SPNB selepas ini.

"Individu seperti ini pentingkan diri sendiri kerana mereka telah mengambil hak orang lain malah ada yang jadikan rumah ini sebagai inap desa," katanya.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails