Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Friday, May 27, 2011

Kenderaan terpakai wajib diperiksa PUSPAKOM

PUTRAJAYA: Kerajaan tetap akan menguatkuasakan pindaan terhadap Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) bermula 15 Jun ini walaupun mendapat bantahan daripada penjual kereta terpakai Malaysia. 

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe, berkata penguatkuasaan pindaan akta itu perlu dilaksanakan segera bagi melindungi semua pihak termasuk pengguna dan syarikat penjual kereta terpakai.

"Jika diteliti, ia memberi situasi menang-menang kepada semua pihak termasuk penjual kereta terpakai.

“Apabila ada individu mahu menjual kereta kepada syarikat terbabit, beliau perlu membawa kereta berkenaan untuk pemeriksaan, baru kereta itu boleh dijual, ini sekali gus memberi perlindungan kepada syarikat penjual kereta terpakai juga,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog bersama Persatuan Penjual Kereta Terpakai Malaysia, di sini, semalam. 

Baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan semua kenderaan bermotor terpakai, dibaik pulih dan diubahsuai, termasuk motosikal, diwajibkan menjalani pemeriksaan menyeluruh di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi melindungi pengguna daripada membeli kenderaan curi dan yang dipotong atau disambung. 

Pindaan akta itu menetapkan setiap kenderaan terpakai wajib menjalani pemeriksaan 18 perkara di PUSPAKOM. 

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails