Jawatan Kosong (Terkini)

Malaysia Career (Terkini)

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Malaysia Job Portal (Terkini)

JobStreet.com (Terkini)

Friday, May 20, 2011

Kerajaan cadang guna semula wang satu sen

KANGAR 19 Mei - Kerajaan bercadang melaksanakan semula penggunaan syiling satu sen supaya ia dapat membantu mengatasi beban rakyat yang menghadapi kenaikan harga barang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan tersebut akan dibangkitkan dalam satu mesyuarat yang akan dipengerusikan beliau tidak lama lagi.

Menurutnya, langkah tersebut untuk membendung kenaikan harga yang tinggi disebabkan kaitan dengan nilai satu sen yang tidak digunakan lagi sejak 2008.

"Misalnya, jika harga ditetapkan RM1.71, ia ditambah sebanyak empat sen untuk menjadikannya RM1.75 sen. Sudah tentu memberi keuntungan kepada peniaga tetapi membebankan rakyat," kata beliau selepas berucap kepada lebih 5,000 penduduk yang menghadiri Program Turun Padang Timbalan Perdana Menteri ke Perlis di Dewan 2020 di sini hari ini.

Pada April 2008, syiling satu sen tidak digunakan lagi untuk pembayaran di kaunter, sebaliknya semua bayaran bil digenapkan melalui mekanisme penggenapan kepada lima sen terdekat.

Menerusi mekanisme itu, jumlah keseluruhan bil berakhir dengan satu, dua, enam dan tujuh akan diturunkan kepada lima sen terdekat manakala bil berakhir dengan tiga, empat, lapan dan sembilan dinaikkan kepada lima sen terdekat.

Bagaimanapun, kata Timbalan Perdana Menteri, keputusan untuk menggunakan semula syiling satu sen bergantung kepada Bank Negara Malaysia sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya.

1 comment:

Wanzi said...

elok juga tu... walaupun kecil tapi nilainya berguna....

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog List