Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Wednesday, May 18, 2011

Kerajaan perlu kaji kenaikan RON95

TEMERLOH 17 Mei - Kerajaan diminta mengkaji secara mendalam sebelum mengambil keputusan menaikkan harga petrol RON95, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, kenaikan harga minyak itu akan memberi kesan menyeluruh terhadap kenaikan harga barangan keperluan dan membebankan rakyat.

"Saya percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai mekanisme lain yang boleh digunakan bagi menampung subsidi dan kenaikan harga minyak tersebut.

"Kerajaan juga boleh menggunakan pelbagai sumber cukai bagi menampung subsidi berkenaan," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian kepada pemberita selepas Program Gotong-Royong Perdana Mukim Bangau melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Gau di sini hari ini.

Katanya, kerajaan sebenarnya dalam keadaan serba salah sekiranya tidak menaikkan bahan bakar itu kerana ia akan menyebabkan subsidi terus meningkat.

Mengenai program tentera masuk kampung, beliau berkata, program itu akan diteruskan bagi meningkatkan lagi hubungan mesra antara rakyat dengan tentera.

Katanya, program itu yang dilaksanakan beberapa tahun lalu memberikan pelbagai manfaat terutamanya kepada penduduk miskin.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails