Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Monday, May 30, 2011

Lelaki pendiam lebih menarik

VANCOUVER - Kaum wanita mendapati lelaki pendiam dan kelihatan angkuh lebih menarik berbanding lelaki yang mempunyai perwatakan gembira.

Menurut kajian terbaru Universiti British Columbia di Kanada, wanita paling tidak tertarik kepada lelaki yang mudah tersenyum sebaliknya menggemari lelaki yang kelihatan berkuasa atau bersikap misteri.

Namun dalam penemuan bertentangan, lelaki pula didapati paling tertarik kepada wanita yang kelihatan gembira dan tidak menggemari golongan Hawa yang dianggap mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Kajian itu adalah yang pertama menunjukkan perbezaan ketara antara jantina mengenai tarikan senyuman dan membantu menjelaskan mengapa lelaki yang dianggap nakal sering menjadi kegilaan wanita.

“Walaupun muka yang gembira penting untuk memulakan interaksi sosial, namun tidak banyak kajian yang dilakukan untuk menyelidik sama ada senyuman itu adalah sesuatu yang menarik,” menurut ketua penyelidik, Jessica Tracy.

“Kajian ini mendapati lelaki dan wanita memberikan respons yang sangat berbeza kepada pameran emosi termasuk senyuman,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

hahahaha serius memang betul pown.. wanie pown suke lelaki yang pendiam sebab nampak matang n coll.. lelaki yang cam gumbira n gedik2 nie xsuke la coz nampak cam over lak.. isshh.. haha lagi pun wanie jenis yng hapy2 cam tu kan..lau dpt laki yang pendiam uh kire memang ok..lau dpt laki yang sama2 suke wat bising kang xpsal2 runtuh rumah sebab bising... hahaha
btw.. nie 1st time masok blog kamu.. :-) dah menjadi folower blog kamu pown..

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails