Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Friday, May 20, 2011

Pantang larang makan madu

MADU tualang memang kaya dengan khasiat namun pengambilannya harus berwaspada. Madu lebah tualang memang memiliki kelebihan berbanding madu yang dihasilkan oleh lebah ternak. Antara ciri penting yang begitu sinonim dengan madu ialah paras gula atau sukrosa dan kepekatannya.

Menurut pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Daerah Padang Terap, Azmi Ishak, kualiti madu boleh diuji di Pusat Memproses Madu Lebah di daerahnya.

“Kepekatan madu bergantung kepada kematangannya ketika dikutip. Madu matang lebih pekat dan berwarna kuning kemerahan. Madu tualang juga mempunyai kandungan gula di antara 0.5 hingga lima peratus dan air tidak kurang 22 peratus.

“Selepas ketulenannya disahkan, madu tersebut akan ditapis untuk tujuan pembersihan dan dimasukkan ke dalam mesin penyahlembapan untuk proses menyejat kandungan air sehingga ke paras yang ditetapkan,” jelas Azmi.

Menurutnya, proses tersebut dilakukan untuk mengelak madu menjadi masam dan memudahkan proses pembotolan.

Lantaran paras sukrosa yang rendah, Azmi menambah, madu tualang sangat sesuai untuk diambil oleh semua peringkat umur, daripada kanak-kanak hingga warga emas.

Malah, pesakit diabetes juga boleh mengambil madu tualang yang disahkan asli keluaran FAMA di bawah jenama Agromas.

“Begitupun, ada pantang bila makan madu. Jangan makan madu dalam masa empat jam anda makan ubat.

“Selain itu, hindari mengambil madu bersama tembikai kerana tindak balas kimia yang terhasil daripada percampuran dua makanan itu boleh mendatangkan reaksi negatif pada tubuh,” katanya.

3 comments:

saling koment said...

mampir mas broe

mykhalis said...

jujurnya baru kali pertama tau tak boleh makan tembikai ngan madu

Myzul said...

Teringat dulu2 mak selalu pesan jgn mkn tembikai bersama madu..

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails