Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Wednesday, May 18, 2011

Subsidi minyak, gas dikaji

IPOH 17 Mei – Kerajaan akan membuat kajian rasionalisasi subsidi pertengahan tahun pada awal bulan depan bagi menentukan sama ada harga petrol RON95 dan gas petroleum cecair (LPG) akan dinaikkan atau sebaliknya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau tidak boleh memberi gambaran bahawa akan berlaku kenaikan harga tetapi sebaliknya mahu rakyat tahu bahawa kerajaan kini menanggung subsidi yang terlalu tinggi ekoran kenaikan harga minyak dunia.

“Kajian kali terakhir dilakukan pada Disember tahun lalu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ipoh Timur di sini hari ini.

Pada tahun lalu, katanya, kerajaan menanggung subsidi produk petroleum sebanyak RM8 bilion tetapi jika trend kenaikan terlampau tinggi harga minyak dunia berterusan, jumlah tanggungan subsidi itu dijangka meningkat kepada RM18 bilion pada tahun ini.

“Ia melibatkan kenaikan sebanyak RM10 bilion. Berapa banyak sekolah, rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan jalan-jalan kampung boleh dibina serta berapa banyak bantuan pelajaran boleh diberi dengan wang itu tetapi kita tidak boleh guna sebab menanggung subsidi,” katanya.

Beliau mengulas mengenai spekulasi yang bertiup kencang bahawa kerajaan bakal menaikkan harga petrol RON95 tidak lama lagi, selepas harga petrol RON97 dinaikkan sebanyak 20 sen seliter menjadi RM2.90 seliter pada 5 Mei lalu.

Pada 2 April lalu, harga RON97, yang diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa, naik 20 sen kepada RM2.70 seliter ekoran krisis politik di Asia Barat dan Afrika Utara.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan tidak boleh mengawal sepenuhnya kenaikan harga barang kerana banyak harga barang ditentukan oleh harga pasaran dunia.

Katanya, peningkatan penduduk dunia kepada empat peratus setahun yang lebih tinggi berbanding peningkatan pengeluaran sebanyak dua peratus setahun, ditambah dengan bencana alam mempengaruhi kenaikan harga barang.

“Sebagai contoh, banjir besar yang melanda India baru-baru ini menyebabkan harga bawang naik. Sebagai negara pengimport, kita bergantung dengan negara pengeluar,” katanya.

Namun, katanya, kerajaan boleh mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan dan Anti Pencatutan 2010 jika ada peniaga menaikkan harga barang tanpa sebab munasabah.

“Pegawai penguat kuasa kita tidak cukup. Kita cuma ada 2,000 pegawai untuk menjaga kedai di seluruh negara sedangkan kedai runcit sahaja sudah ada 50,000 buah, tidak termasuk pasar lagi.

“Oleh itu, kita harap pengguna dapat melaporkan kepada kementerian jika ada peniaga menaikkan harga barang tanpa sebab munasabah,” katanya.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails