Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Monday, May 23, 2011

Tunggu pengumuman kerajaan

BERA - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta rakyat menunggu pengumuman rasmi kerajaan berhubung penyelarasan harga minyak. 

Katanya, rakyat tidak sepatutnya terpengaruh dengan dakyah pembangkang bahawa harga RON95 akan naik dalam masa terdekat. 

“Saya sentiasa maklumkan bahawa rasionalisasi subsidi akan dibuat pada hujung bulan ini, atau awal bulan depan, jadi jangan nak tuduh kerajaan itu ini sebab kita belum lagi naikkan harga. 

“Jadi, saya minta rakyat tunggu dulu, kalau nak kata kerajaan tidak bertanggungjawab dari segi jaga kepentingan rakyat, sekarang ini subsidi untuk seluruh bahan petrol dan makanan meningkat sampai RM20.58 bilion kita tanggung, jadi macam mana boleh kata kerajaan tak ambil berat,” katanya di sini, semalam. 

Ismail Sabri juga meminta semua spekulasi kenaikan harga minyak dihentikan segera kerana ia jelas bermotifkan politik. 

Katanya, perkara itu turut disebarkan di laman sosial seperti Facebook iaitu kononnya kerajaan akan menaikkan harga RON95 sebanyak 30 sen selepas jam 12 malam kelmarin hingga mencetuskan kekecohan dalam kalangan orang ramai. 

“Janganlah kita percaya spekulasi itu, sabar dulu dan tunggu hingga Jun nanti, di mana kalau ada kenaikan harga, baru kita boleh beri komen dan sebagainya, dan setakat ini, perkara itu masih dalam tindakan,” katanya. 

Ismail Sabri berkata,, kerajaan mengambil kira semua faktor, termasuk kadar inflasi dan beban rakyat, ketika mengkaji rasionalisasi subsidi penyelarasan harga minyak. - Bernama

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails