Jawatan Kosong (Terkini)

Malaysia Career (Terkini)

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Malaysia Job Portal (Terkini)

JobStreet.com (Terkini)

Monday, June 27, 2011

1,111 belia catat rekod paling ramai sertai kursus praperkahwinan

NAJIB Tun Razak bergambar bersama sebahagian daripada 1,111 orang belia yang menyertai kursus praperkahwinan teramai di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, semalam. Hadir sama, Adnan Yaakob dan Danny Ooi. - UTUSAN/RUSHDI SALLEH

PEKAN 26 Jun - Seramai 1,111 belia di daerah ini mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) apabila menyertai kursus praperkahwinan paling ramai di negara ini.

Penyampaian sijil penyertaan program anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Pekan dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Najib turut menerima sijil pengiktirafan MBR daripada Pengarah Urusannya, Datuk Danny Ooi dengan disaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha.

Kursus dua hari bermula semalam itu diadakan di tiga lokasi iaitu Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Dewan Komuniti Majlis Daerah Pekan (MBP) dan Dewan UMNO Pekan.

Peserta yang terdiri daripada 514 wanita dengan selebihnya lelaki itu membabitkan golongan belia dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis, DUN Chini, DUN Peramu Jaya dan DUN Bebar dekat sini.

Sepanjang kursus itu, peserta didedahkan dengan pelbagai modul termasuk Pengurusan Tekanan dan Konflik Dalam Kehidupan, Pengurusan Sumber Manusia, Munakahat, Ibadah dan Pembubaran Perkahwinan.

Sementara itu, seorang guru, Nurziana Ibrahim, 25, berkata, dia bertuah kerana menjadi peserta ke 1,111 dalam kursus berkenaan yang sekali gus mewakili kesemua peserta bagi menyerahkan replika angka tersebut kepada Perdana Menteri pada majlis berkenaan.

"Saya menyertai kursus ini kerana tertarik dengan matlamat penganjuran terutama dalam melahirkan belia berilmu, beriman dan bertaqwa dengan harga yang cukup berpatutan.

"Saya sememangnya tidak menyangka akan terpilih sebagai wakil peserta untuk menyampaikan nombor penyertaan saya kepada beliau," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

1 comment:

DaHLia said...

Saya salah seorang peserta yg membantu memecahkan rekod ni :D

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog List