Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Monday, June 13, 2011

Jumlah penderma organ masih kecil

KUALA LUMPUR 12 Jun - Hanya 0.6 peratus atau 162,624 orang daripada keseluruhan 28 juta rakyat negara ini telah berikrar untuk menjadi penderma organ.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Penderma Organ, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, angka tersebut yang didaftarkan setakat Mac lalu adalah terlalu kecil sejak pendaftaran itu dibuat pada 1997.

"Daripada jumlah itu, seramai 88,360 adalah wanita dan 73,374 adalah pengikrar lelaki," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kaum Cina merupakan pengikrar paling ramai iaitu 91,949 orang, diikuti kaum India (39,487) dan Melayu (26,648).

Sehubungan itu, Lam Thye berkata, jawatankuasanya telah mengambil keputusan untuk menjadikan golongan remaja dan dewasa yang berusia antara 15 hingga 25 tahun sebagai kumpulan sasaran kempen pada tahun ini.

"Menurut Pusat Sumber Transplan Nasional, Hospital Kuala Lumpur, mereka yang berusia dalam lingkungan umur tersebut merupakan pengikrar paling ramai iaitu 50.1 peratus atau 75,974 orang.

"Keterbukaan pemikiran golongan remaja dan belia dalam menerima perkara ini perlu diambil kira, ini kerana keputusan untuk menjadi pengikrar penderma organ bukanlah satu perkara yang mudah," katanya.

Menurut beliau, golongan tersebut disasarkan kerana mereka dilihat sebagai kumpulan penggerak kepada pencapaian dan kejayaan program promosi derma organ selama ini.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails