Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Friday, June 24, 2011

Kembar gugur saman Facebook

SAN FRANCISCO - Bekas rakan sekelas pengasas laman sosial terkenal Facebook, Mark Zuckerberg di Universiti Harvard, kelmarin menarik semula saman yang difailkan terhadapnya berhubung dakwaan Zuckerberg mencuri idea mereka untuk menghasilkan Facebook. 

Pasangan kembar, Cameron dan Tyler Winklevoss bersetuju menerima bayaran berjumlah AS$65 juta (RM197 juta) bagi menyelesaikan kes saman pertama seperti yang dirundingkan pada 2008. Sebelum ini, kedua-duanya memfailkan saman untuk menyemak semula jumlah pampasan itu yang terdiri daripada wang tunai berjumlah AS$20 juta (RM61 juta) dan saham bernilai AS$45 juta (RM136 juta).

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails