Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Wednesday, June 8, 2011

Semak, banding harga melalui portal 1MPB

KUALA LUMPUR 7 Jun - Pengguna kini boleh membuat perbandingan harga barang keperluan melalui 'Portal 1Malaysia Pengguna Bijak' (1MPB) yang diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, portalwww.1pengguna.com itu memaparkan harga 355 barang di pasar raya besar, 100 barang di pasar raya dan kedai serbaneka di samping 50 barang lagi di pasar basah.

"Jumlah premis yang dipantau dalam program ini keseluruhannya berjumlah 1,255 membabitkan 110 pasar raya besar, 404 pasar raya, 360 pasar basah dan 381 kedai serbaneka yang dikemas kini secara harian.

"Data harga yang diperoleh akan dimasukkan terus ke dalam sistem oleh Pegawai Pemantau Harga manakala data harga pasar raya besar dimasukkan oleh mereka sendiri," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan portal berkenaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Turut hadir timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe; Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom dan Timbalan Setiausaha Kementerian, Datuk Daud Tahir.

Ismail berkata, pelaksanaan program itu juga bakal diperluaskan pada fasa kedua membabitkan kedai runcit dan pasar mini.

''Fasa pertama hanya membabitkan pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka dan pasar basah. Justeru kita menantikan respons daripada pengguna untuk melaksanakan fasa kedua itu nanti," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, portal berkenaan juga berperanan sebagai saluran untuk membincangkan isu kepenggunaan secara interaktif melalui blog, laman sembang, ruang maklum balas dan komen.

"Selain itu, portal tersebut juga memuatkan aplikasi khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk semakan harga, aduan dan tribunal, termasuk sesi 'Soal Jawab Bersama Menteri' yang bersiaran secara langsung setiap Rabu selama sejam bermula pukul 6 petang," katanya.

1 comment:

si para para said...

datangnya ujian bersama hikmah..
seperti hujan adanya pelangi..

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails