Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Wednesday, June 8, 2011

Tips Meringankan Tekanan

TIP MERINGANKAN TEKANAN APABILA DITIMPA UJIAN DAN MUSIBAH

Seorang muslim yang cemerlang ialah Muslim yang berjaya menghadapi setiap tekanan dalam kehidupan, tidak kira apa jua masalahnya seperti masalah kerja, kesihatan, keluarga, masyarakat dan negara.

1.       Penghapusan Dosa
Ingatlah bahawa segala ujian atau tekanan yang berlaku itu bertujuan menghapuskan dosa. Firman Allah s.w.t  yang bermaksud, “ Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana ), maka ia disebabkan apa yang kamu lakukan ( daripada perbuatan –perbuatan  yang salah dan dosa ) ; dan ( dalam pada itu ) Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu. “ ( Surah Al-Syura 42 : 30 ).

2.       Meningkatkan Darjat
Ingatlah hati bahawa musibah itu akan menyebabkan seseorang mendapat darjat  yang tinggi di sisi Allah s.w.t .

3.       Mengingati  Allah
Menjadi  kezaliman manusia lebih kerap mengingati  Allah semasa ditimpa kesusahan berbanding semasa dalam keadaan bahagia.

4.       Mensyukuri  Nikmat
Bayangkan nikmat-nikmat yang telah diberikan Allah s.w.t. sebelum ini daripada terus meratapi musibah yang dihadapi.
5.       Berasa Ujian Kita lebih ringan  
Mengingati diri bahawa ujian yang diterima oleh kita terlalu kecil berbanding apa yang menimpa orang lain, malah penderitaan orang  itu lebih berat  daripada apa yang sedang dideritai itu.

6.       Allah Menyayangi Kita
Ujian yang berlaku merupakan tanda Allah cinta kepada hamba-Nya. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud , “ Barang siapa dikehendaki Allah baginya kebaikan, maka akan diberikan cubaan padanya.” ( Riwayat Al- Bukhari).

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails