Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Friday, June 3, 2011

Zulkifli Haron dipilih penerima Anugerah Inovasi Islam 2011

Penerima Anugerah Inovasi Islam 2011 (dari kiri) Nik Roskiman Abdul Samad, Nik Mustaffa Nik Hassan, Zulkifli Haron, Zukri Samat, Hassan Yaacob dan Muhammad Ammar Muhammad Sani bersama hadiah yang disampaikan oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin di Masjid Negara, Kuala Lumpur, semalam. - utusan/MOHD NOOR AMIN

KUALA LUMPUR 2 Jun - Pengasas Zull Design Autotronic (ZDA), Zulkifli Haron dipilih sebagai penerima Anugerah Inovasi Islam 2011 sempena Karnival Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan 2011 di Muzium Negara di sini.

Pemilihan itu berdasarkan kepada penghasilan lebih 1,000 rekaan dan inovasi yang digunakan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta sekali gus melayakkannya membawa pulang wang tunai RM30,000, trofi serta sijil penghargaan.

Anugerah Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan 2011 turut mempertandingkan lima kategori lain iaitu Anugerah Inovasi Perkhidmatan Masjid Mandiri yang dimenangi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah dan kategori Anugerah Institusi Pendidikan Islam yang menjadi milik Muhammad Ammar Muhammad Sani.

Selain itu, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dipilih memenangi kategori Produk Perkhidmatan Agensi Agama; Bank Islam Malaysia Berhad bagi Anugerah Produk Kewangan Islam dan Healwell Pharmaceuticals (M) Sdn. Bhd. bagi kategori Produk Halal.

Kesemua mereka membawa pulang wang tunai RM10,000, trofi dan sijil penghargaan.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.

Turut hadir, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan timbalannya, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Sementara itu, Zulkifli, 53, ketika ditemui Utusan Malaysia berkata, beliau amat terharu kerana terpilih menerima anugerah itu kerana ia merupakan anugerah pertama yang diterimanya setelah 30 tahun terlibat dalam bidang inovasi.

Zulkifli turut mengucapkan penghargaan kepada media massa khasnya Utusan Malaysiakerana mengikuti dan mengetengahkan bakatnya kepada umum selama ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, ZDA sedang bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Terengganu untuk membina sebuah pulau berkonsepkan magikal di Tasik Kenyir tahun ini sekali gus menjadi tarikan utama pelancong ke situ.

Zulkifli berkata, projek pertama di dunia dalam kawasan seluas empat hektar persegi itu bagaimanapun berbeza daripada konsep taman tema Disneyland.

1 comment:

si para para said...

kena simpan jugak duit. nanti nak baiki kapal selam pulak.

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails