Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Wednesday, August 17, 2022

Ikan haruan berisiko rosakkan organ dalaman wanita berpantang

Pengambilan ikan haruan sebagai makanan wanita berpantang adalah satu kebiasaan yang diamalkan terutama bagi membantu menyembuhkan kesan luka selepas pembedahan caesarean.

Bagaimanapun, Pakar Perubatan Keluarga, Dr. Siti Aishah Yunos tampil menjelaskan bahawa pengambilan ikan haruan akan memberikan kesan pada bahagian dalam perut sekali gus menyukarkan tugas doktor ketika para ibu ingin melahirkan anak yang seterusnya.

Perkongsiannya di TikTok baru-baru ini menyarankan wanita berpantang untuk menunggu lebih kurang enam minggu hingga dua bulan sebelum memakan ikan haruan dan pada tempoh tersebut kesan luka pembedahan bahagian dalaman perut akan sembuh sendiri.

Bagaimanapun, Dr. Siti Aishah tidak menafikan kebaikan makan ikan haruan untuk menyembuhkan luka bersalin dengan cepat tetapi tetapi jika pengambilannya terburu-buru, organ dalaman lain berisiko rosak ketika operasi pembedahan caesarean seterusnya.

“Memang ikan haruan ini bagus untuk sembuhkan luka bersalin, tapi kalau sembuh terlalu cepat akan jadi masalah untuk bersalin seterusnya yang masih memerlukan pembedahan caesarean.

“Nasihat ini bukan hanya untuk memudahkan kerja para doktor, ia juga penting bagi menjamin keselamatan para ibu yang bakal bersalin,” pesannya. – KOSMO! ONLINE 

Monday, February 1, 2016

RM60 bilion harta tiada waris

TANGKAK – Kurang kesedaran dan sikap ambil mudah menangguh permohonan pembahagian harta pusaka menjadi satu daripada faktor penyebab kira-kira RM60 bilion jumlah harta tidak dituntut oleh waris si mati sejak Malaysia mencapai kemerdekaan hingga hari ini.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir. Hamim Samuri berkata, angka tersebut diperoleh menerusi rekod Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) melalui Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP) di bawah kementeriannya.
“Sikap tidak mahu ambil tahu prosedur yang perlu dilalui atau agensi mana yang sepatutnya menguruskan urusan pembahagian harta pusaka juga menjadi faktor penangguhan dalam kalangan waris untuk memulakan tindakan membuat permohonan.
“Ada juga waris yang anggap proses untuk memohon pembahagian harta ini lambat, mahal dan menyusahkan sehingga menyebabkan harta si mati dibekukan, tanah menjadi terbiar dan tidak terurus dan paling mustahak status pemilikan tidak rasmi boleh mengakibatkan isu termakan harta yang bukan hak atau harta anak yatim,” kata beliau.

Sumber: Kosmo

Tuesday, January 19, 2016

Harga minyak merudum lagi

SINGAPURA – Pakar dan penganalisis ekonomi meluahkan kebimbangan mengenai trend penurunan harga minyak mentah dunia yang kini menuju ke paras AS$25 (RM110) setong apabila dikhuatiri boleh mencetuskan krisis ekonomi global.
Harga minyak mentah Brent semalam jatuh di bawah AS$28 (RM123.90) setong di Asia berikutan kebimbangan mengenai krisis lambakan bekalan selepas Barat menamatkan sekatan ke atas Iran.
Penamatan sekatan itu membolehkan Teheran menyambung eksport minyaknya.
“Sasaran Iran adalah untuk meningkatkan pengeluaran minyak mentah sehingga 1.5 bilion tong menjelang akhir 2016,” kata Menteri Minyak Iran, Bijan Zanganeh, ketika ditemu bual CNN baru-baru ini.
Sehingga 500,000 tong minyak mentah Iran memasuki pasaran yang kini tepu pada setiap hari selepas Amerika Syarikat (AS) dan Eropah menamatkan sekatan yang dilaksanakan bagi mengekang program nuklear Teheran.
Harga minyak mentah merosot 75 peratus sejak awal 2014 disebabkan oleh lebihan bekalan, pengeluaran paling tinggi, permintaan lemah dan keadaan ekonomi dunia yang suram.
Kejatuhan teruk itu adalah yang pertama dalam tempoh lebih 13 tahun sejak Februari 2003.
Sumber : Kosmo
Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails